Sambal Tutuk/Deplok


Saya tidak tahu apa ‘orang melayu’ panggil sambal ini, tapi yang pasti, masyarakat jawa memangilnya ‘sambal tutuk atau sambal deplok’. Apa pun istilahnya, selamat mencuba resepi yang tidak seberapa nie😉

Bahan-bahannya,
• 50 gm Ikan bilis ( lebih kurang segengam ) digoreng
• 15 biji cili kecil/ padi ( atau ikut kepedasan yang anda inginkan )
• 1 biji bawang merah
• 1 sudu kecil gula pasir

Cara-caranya :
• Goreng ikan bilis hingga garing atau ikut kegaringan yang anda suka
• Potong-potong cili dan gorengkan sehingga layu sahaja, tidak perlu hingga kering bersama bawang merah
• Masukkan ke dalam lesung ikan bilis, cili, bawang merah dan gula tadi. Tumbuk mengikut kelembutan yang anda suka.
• Sedia untuk dinikmati

Nota :
• Anda boleh menggunakan cili merah ( besar ) sekiranya anda tidak berapa sukakan pedas.
• Untuk mengurangkan pedas, anda boleh mendambah gula.
• Tambahkan garam sekiranya anda merasakan ianya kurang masin.

5 Responses so far »

  1. 1

    KEOWN said,

    nie sambal org jawa ke?
    trak pernah plak aku dengar..
    dah lah lapar nie.. ada mau aku makan sambal nie

  2. 2

    >>>>>>> N <<<<<<<<<< said,

    walau aku separuh jawa (hehehee) tp x penah makanla…tp dr bahan2nya dpt dirasakan mmg enak…mmg pembuka seleralah as..

  3. 3

    KEOWN said,

    ooo ingat ko dah buat…. hehehhe

  4. 4

    >>>>>>> N <<<<<<<<<< said,

    hahaha…lom aaa…
    tp dulu time study member aku ajar wat sambal ngan kulit limau…sedap..

  5. 5

    azlina said,

    senang jer kheun, ko bleh buat sendiri apa…

    n… cuba la buat. senang jer, kalau nak sambal tapi tak berapa nak rajin nak buat, buat la sambal nie. Lain kali ko aja la plak buat sambal dari kulit limau tu, aku nak gak belajo.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: