Tumis-tumis Abahfateh : BBQ – Ayam Bakar


Malam minggu yang lalu, kami buat BBQ kecil-kecilan. Suka-suka untuk hiburkan budak-budak di rumah. Anak saya, Fateh cukup seronok kerana sewaktu kami di Labuan kerap juga kami buat kerana berada di pulau maka tempat untuk berkelah pun banyak juga. Balik semula ke Kajang, tidak pernah buat pun walaupun sekali.

Menu BBQ kami ringkas dan mudah sahaja. Ikan siakap dan terubuk, sosej, ubi kayu dan keledek bakar dan juga ayam bakar. Adik ipar saya sediakan pecal versi Sabak Bernam. Sudah lama tidak tidak makan katanya.

Saya ingin berkongsi resepi ayam bakar yang cukup ringkas. Semoga anda tidak lagi memerap ayam dengan sos babeku atau serbuk kunyit dan kicap semata-mata lagi selepas ini.

Bahan-bahan.

10 ketul ayam bersaiz sederhana.
2 labu bawang besar.

3 batang serai.

2 sudu kecil jintan manis.

2 sudu kecil jintan putih.

2 sudu kecil ketumbar.

1 potong halia.

Gula dan garam secukup rasa.

Semua bahan kecuali ayam, gula dan garam dikisar.
Gaul bahan kisar dengan ayam, gula dan garam.

Perap sekurang-kurangnya dua jam sebelum dibakar.

Madu boleh disapukan ketika dibakar untuk menambah rasa.

Senang bukan?

Gambar di bawah adalah adik saya yang merupakan tukang bakar pada malam tersebut.

Walaupun beliau penuh rendah diri selalu katakan dia tidak boleh memasak, sekurang-kurangnya bakar ayam dia pandai.

Great job bro!

5 Responses so far »

  1. 1

    Anonymous said,

    uhuk uhuk.

    tersedak.

    – Hensem berbaju oren malam BBQ –

  2. 2

    eda said,

    ubi kayu ngan keledek bakar pun sodap malam tu, walaupun….

    ahahaha😀

  3. 3

    >>>>>>> N <<<<<<<<<< said,

    wah bestnya ayam bakar….
    pas skt blh…hehee

  4. 4

    azlina said,

    anonymous…
    hensem tu hensem gak, lain kali bleh ambik tender bakar lagi ek…

    eda…
    nasib baik la masih boleh di’santap’ lagi kan…

    n…
    nak sampai ke cheras utama, sejuk plak karang. apa kata ko je mai sini makan sama😉

  5. 5

    Alia said,

    ok..lah gamabar Alia tu tapi kelakor larupa Alia.apa – apa pun ,terima kasih kerana mengajak Alia ber BBQ bersama acik dan paman.

    Thank You !!!:)


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: