Donat Ubi Kentang ( home made version )

Bahan-bahannya :

Bahan A
· 350 g tepung gandum
· 2 sudu besar gula putih
· 5 gm mentega
· 1 biji kentang ( kecil ) direbus lembut dan dilecek halus
· 10 gm susu tepung ( saya gunakan susu Fateh )
· 1 biji telur ayam
· Dough Softner ( optional )

Bahan B
· ½ sudu teh yis segera ( kering )
· 80 ml air suam
· 2 sudu besar gula putih

Cara-caranya :
· Larutkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis
· Ketepikan dan biarkan hingga yis berbuih .
· Satukan semua bahan A.
· Masukkan pula bahan B.
· Uli hingga sebati dan lembut.
· Proses menguli adalah antara proses yang penting dalam pembuatan donat.
· Jika terlembik, tambahkan tepung lagi dan kiranya adunan keras, tambahkan air. Jumlah air tidak dapat ditetapkan kerana bergantung kepada telur dan kentang yang kita gunakan.
· Canai adunan dan terap mengikut bentuk yang dikehendaki.
· Letakkan dalam dulang yang bertabur tepung dan biarkan ia kembang ( lebih kurang 1-2 jam)
· Panaskan minyak dan goreng. Goreng gunakan api yang sederhana kerana donat senang hangus.
· Salutkan gula atau coklat. Ikut citarasa anda.
· Hidang

Saya suka guna acuan yang kecil kerana senang untuk anak-anak memakannya. Sebenarnya donat ini sudah biasa buat, oleh kerana kali ini saya buat bentuk bintang, maka Fateh pun berkata ’mmmm sedapnya’…… dalam hati berkata ’ ala sama jer resepinya’. Itulah bukan mudah ’memancing citarasa kanak-kanak nie. Kita kena berimaginasi seperti mereka dahulu ……

Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: