Saya dan Kolestrol.


Terpanggil untuk mengetahui status kesihatan, saya pun ke klinik membuat ujian darah. Bukan apa, sekadar untuk pastikan kesihatan berada dalam keadaan baik. Bak kata pepatah la, lebih baik mencegah dari merawat. Hasil ujian, paras kolestrol saya agak tinggi, lebih dari yang sepatutnya (< 5.5mmol/ ). Apa lagi, doktor pun ‘membebel’ gak, ‘jaga kesihatan, koletrol tinggi boleh akibatkan serangan jantung. Apatah lagi kalau sejarah keluarga memang ada penyakit ini’. Rasanya, setakat nie, keturunan keluarga saya tak ada penyakit ini. Maknanya dari segi genitik dah tak ada, cuma dari segi pemakana lah. Biasa lah, pepatah orang sekarang, lebih senang, lebih banyak la penyakit datang. Mintak-mintak dijauhkan la ya.


Antara nasihat doktor, adalah seperti petua di bawah :

Petua
· Tanggalkan kulit dari daging ayam sebelum dimakan.
· Elakkan dari menambah kicap atau lain-lain sos, minyak, mayonis, krim atau mentega ke dalam makanan anda.
· Pilih lebih banyak ikan atau bahan makanan laut yang lain untuk dimakan
· Buangkan segala lemak yang ternampak pada daging
· Jangan menggoreng dalam minyak yang banyak. Gunakan teknik kacau-goreng.
· Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
· Memakan lebih banyak roti dan bijirin. Elak dari mengambil roti bulan sabit (croissants), biskut, pastri dan kuih-muih yang manis dan berminyak.


Untuk keterangan lanjut, silalah layari laman web kementerian kesihatan : http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_J_Kolestrol%20Darah%20Yang%20Tinggi%20.html


Maka bermulalah langakah-langakah untuk mamperbaiki kesihatan. Antaranya, sarapan oat setiap pagi ( ee, tak berapa suka la😀 ). Nak gak masuk cabaran sihat Quaker Oat Malaysia, tapi tak layak. (http://www.quakerchallenge.com.my/malaysia.htm)


Saya ambil resepi dari laman web Quaker Oat Malaysia, ubah suai mana yang patut, jadikan hidangan sarapan pagi. Selamat menjamu selera😉.


Bubur Untuk Kesihatan (
Heart of Live Porridge )

Bahan-bahannya :
· 1 cawan Quaker Quick Cook Oat
· 1 cawan Susu Segar
· 2 cawan air
· Sebiji Limau
· Sedikit kismis dan garam, gula secukup rasa


Cara-caranya:

·
Masak Oat dengan air dan susu dalam periuk hingga masak ( dalam masa 10 minit )
·
Bila dah masak, hidangkan dalam mangkuk
·
Hiaskan menggunakan hirisan limau dah kismis
·
Sedia untuk dimakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: