Seri Muka Kak Nor


Kuih ini merupakan antara kuih kegemaran suami dan anak-anak. Sebab tu la saya agak rajin membuat kuih nie. Kalau buat kuih yang mereka tak suka, alamat jadi perhiasan atas meja la. Sudahnya, hantar ’pos laju’ ler ( masuk tong sampah atau sedekah kat ayam ). Resepi nie dapat dari jiran sebelah ( bekas ) sebab mereka dah berpindah ke Kota Kinabalu, yang berasal dari Kedah. Oleh kerana nama panggilannya Kak Nor, maka saya namakan kuih nie ’Seri Muka Kak Nor’. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya,

Bahagian Bawah :
· 250 gm beras pulut
· 2 cawan santan
· Garam secukup rasa

Bahagian Atas :
· 1 cawan santan kelapa ( dari separuh biji kelapa )
· 1 cawan gula
· 2 sudu ( penuh ) tepung beras
· 2 sudu ( penuh) tepung gandum
· 3 biji telur
· Daun Pandan ( ikut suka ) dikisar bersama kelapa parut untuk mendapatkan patinya.


Cara-caranya :
· Kukus beras pulut dengan santan tadi hingga masak. Angkat, sejukkan dan tekan agar padat pulut berkenaan ( agar bahagian atas tidak meresap masuk ke bahagian pulut )
· Kisar bahan- bahan bahagian atas, kemudian tuang ke atas pulut yang telah padat tadi.
· Kukus hingga masak. Untuk blok besar ( 1 loyang la ) kukus lebih kurang 1 hingga 1 ½ jam. Untuk saiz yang kecil ( macam dalam gambar tu! ), kukus dalam masa 15 minit.
· Siap untuk dihidang

Biasanya, sebelum memasak pulut, pulut direndam semalaman atau sekurang-kurangnya setengah jam. Tujuannya supaya pulut jadi lembut dan apabila kita tekan-tekan untuk memadatkannya, senang padat dan adunan bahagian atas tidak meresap masuk ke dalam pulut.


Kuih seri muka yang enak akan mengabungkan dua rasa yang nyata iaitu masin dan manis selain rasa lemak dari santan. Bahagian atasnya manis dan diimbangi dengan rasa masin dibahagian bawahnya. Apabila menggigitnya, nyummmmm tak terasa masin dan manisnya….. Cuma, enakkkk…..


Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: