Laksa Johor, Laksa Yang Unik


Sebagai anak jati Johor, minggu lalu saya cuba-cubalah memasak Laksa Johor. Ini adalah kali kedua saya memasaknya. Kali pertama dahulu, teruk juga kena komen dengan suami. Kali ini saya jemput kawan baik saya, Arni dan keluarganya untuk merasanya dan memberi komen yang sewajarnya.

Sebelum saya ceritakan apa yang dikomen oleh insan-insan ini, saya berikan resipi Laksa Johor saya.


Bahan-bahan Kuah

1. Bawang merah

2. Bawah putih

3. Serai ; 4 -5 batang

4. Lengkuas ; ~ 1 inci

5. Udang kering ; ~ 100g

6. Isi udang basah ; ~ 100g

7. Ikan kurau kering

8. Belacan secukup rasa

9. Ketumbar ; 2 sudu besar ; ditumbuk halus

10.Jintan manis ; 1 sudu kecil ; ditumbuk halus

11.Jintan putih ; 1 sudu kecil ; ditumbuk halus

12.Kari Ikan ; 3 sudu besar

13.Santan kelapa ; 2 biji

14.Isi ikan parang yang dibakar ; 4 ekor : dibuang tulang

15.Kerisik ; 4 sudu besar

16.Lada sulah secukup rasa

17.Garam

18.Gula

19.Air asam jawa

20.Daun Kesum

21.Spaghetti

* Bahan 9, 10, 11 sebaik-baiknya disangai terlebih dahulu sebelum ditumbuk.

** Bahan 1 hingga 8 dikisar.

Bahan-bahan Ulam

  1. Taugeh
  2. Timun
  3. Bawang besar
  4. Daun selasih/kemangi
  5. Bunga kantan
  6. Sambal belacan

Cara Memasak.

Tumis bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk halus sehingga naik bau.

Masukkan rempah kari, isi ikan, santan, kerisik dan daun kesum.

Masak hingga mendidih, kecilkan api dan dapatkan rasa secukupnya.

Masak spaghetti, racik bahan-bahan ulam.

Laksa Johor sedia untuk dihidangkan.

Hari itu, saya masak gunakan ikan tenggiri. Selain itu ikan kembung juga boleh digunakan. Ikan tenggiri jadi pilihans sebab di sini murah dan mudah mendapatkannya.

Malam itu, suami saya makan tanpa sebarang komen. Bangga rasa di hati sebab saya tahu dia memang kuat komen. Tapi kawan saya seorang ini pulak banyak komen. Antara kata-kata Arni:

”Rasa dia dah okay. Santan dia kurang pekat,kuah cair sangat, serbuk kari tak berapa rasa, tapi kira okay lah. Banyak juga aku makan.” ikhlas sungguh kata-kata dia sambil tersandar kekenyangan.

Memang banyak komen kawan saya seorang ini. Apapun, itu semua kesilapan teknikal yang boleh diatasi pada masa akan datang. Cubalah, bagilah komen sepatutnya, mungkin anda ada tips-tips lain dalam memasak Laksa Johor ini.

Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma.

4 Responses so far »

  1. 1

    eda said,

    lepas ni boleh la akak ajar saya buat laksa. saya mmg tapenah tau proses buat kuah laksa ni🙂

  2. 2

    abahfateh said,

    kena tunggu kakak jawab.🙂

    abahfateh

  3. 3

    MyPeriukBelanga said,

    aloo lin, salam temu. mekaseh sik kerna mampir blog aku! enak banget itu laksa…mai ler umah makan laksa, ahak!

  4. 4

    azlina said,

    eda….
    hehehe, bleh saja asal ada mendernyer yang nak dimasak😀

    myperiukbelanga….
    nie baru peringkat percubaan, tak berapa lulus lagi…bleh gak mampir mangan2.. heheh biler tu?


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: